Al Baqarah Kiswah Asfa

RM2999

PRA-TEMPAH 30 Hari

✔ 42x34 inci
✔ Cermin Bevel
✔ Kayu & Kaca
✔ Bingkai Berganda
✔ Buatan tangan yang sempurna
✔ Warna latar belakang & huruf khat boleh disesuaikan
✔ Huruf khat timbul

 

Cerita benar disebalik penghasilan bingkai Kiswah dengan potongan ayat dari Surah Al-Baqarah ayat 286.

Pada suatu hari di tahun 2020, kami menerima mesej daripada seorang lelaki berbangsa Cina. Beliau bertanya jika kami boleh hasilkan bingkai custom dan kami kata semestinya boleh!

Kemudian beliau bertanya kepada team jualan kami tentang adakah ayat al-Quran yang ayatnya bermaksud seakan memujuk seseorang yang sedang dalam kesulitan. Lalu team kami pun cadangkan ayat 286 dari surah Al-Baqarah ini;

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفۡسًا اِلَّا وُسۡعَهَا 

Maksudnya: Allah tidak memberati/membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

 (Al-Baqarah: 286)

Kami menerangkan tentang maksud potongan ayat ini, dan beliau pun menceritakan bahawa syarikatnya sedang struggle dan boss berbangsa Melayu beliau sedang bersedih. Jadi untuk menguatkan semula semangat boss dan syarikatnya, beliau ingin menghadiahkan bingkai dengan ayat ini.

Beliau bersetuju dengan ayat serta reka Bentuk kiswah ini lalu menempahnya. Begitulah ceritanya bagaimana permulaan bingkai kiswah ayat 286 ini. Jika direnung semula tentang 'fikiran' yang diletakkan oleh beliau kepada boss dan syarikatnya.. sangatlah manis.

Apapun, semoga beliau dalam keadaan baik selalu dan syarikat tempat bekerja beliau terus sukses sentiasa.

Akhir kata, kami membuat keputusan untuk meneruskan penghasilan bingkai ini hasil inspirasi dari kisah ini.

Spesifikasi